pagi ni bgn awal konon, kul 8.30 pagi. mandi n bsiap. kul 9.15 pagi cab dtg, cam biasa pakcik syed amik. kul 10 pagi naik transnasional ke kelompow. kul 2 lebih sket sampai. melepak kat ambank jln raja chulan, mencekik mee bandung ngan sirap limau kat level 7. tapau plak roti john 2 ketul. kul 5 lebih kot abg aziz amik, ikut dia balik ke kg baru. lepak jp tgk tv. pas maghrib amik akak kat ofc ambank n balik bangi. sblm balik rumah beli bahan2 nak buat kek. esok kena buat kek. yay!
tadi sam call. ema ada skali. katanya nk jmpa nanti ada citer laa plak. tak sabar nak tau kisah apa. so aku mintak hints. sam kata, hintsnya 'sama mcm kak ijah'. aku reply 'innalillahwainnalillahir ojiun. hurmm.. minah ni dlm proses nk cerai plak after 10 yrs kawin kalo x silap. 1st baby kembar lelaki, aiman syafiq & adam syafiq. pastu yg aku tau, skali lg beranak baby boy named, naufal. apa plak kes laa kan. dulu kawin pon main tangkap muat jer. haihhh.. minah ni cantik.. tatau la skang cantik lg ke.. lama x jmpa.. sian.. patut laa sblm yaya kawin beriyer suruh aku jmpa dia, rindu konon. haihh.. tp aku bz masa tu.. jemput dtg ke bangi masa yaya kawin takleh dpt plak.. masa ni la nak ingat aku..
aku ske research product. lain yg aku cari, lain yg aku dpt. hehe.. product ni tak memerlukan botox, colagen atau laser. apply kat muka hanya 3 minit pon dh ada perubahan. paling selamat xde bahan chemical pon. MIOR adalah 100% natural dari site2 yg aku baca. Antara kandungan yg terdapat dlm MIOR ni:
1. IndinineLuxeTM - merupakan algae yg kaya ngan anti-oksida, vitamin dan mineral dari Eropah untuk mengembalikan keremajaan dan menyembuhkan kulit.
2. Heilmoor Clay - terdiri daripada beratus herba, bahan organic, antibiotik semulajadi, hormon tumbuhan dll.
Kebaikan penggunaan sabun MIOR ni:
• Mematikan jerawat yg terdapat pada muka atau badan • Kurangkan kedut muka,facelift up,eyebag,dark circles,jeragat,pigmentat ion • Kecikkan pori2 muka yg besar. • Bintik hitam dan bintik putih akan hilang. • Menegangkan muka n berseri2 • Mencerahkan muka,ketiak n bahagian yg hitam. • Mengurangkan minyak pd muka • Mengurangkan freckles • Ekzema n penyakit kulit yg lain dpt disembuhkan. • Menjadi syampu utk menjadikan rambut lebih sihat,berkilat dan lembut.
LIHAT HASIL CUMA DALAM 3 MINT SAHAJA? haih.. cepatnya kesan.. no chemicals! berita baik utk org yg malas nk tonyoh mcm2 mende kat muka. tak perlu guna cleanser, toner, moisturiser or sunblock lagi! wah! nk beli, yay! yay!
Antara Testimonial: (ada byk lg, carik laa sendiri.. hehe..)
• HARGA : 1 BAR - RM260 (TAHAN 4 BULAN) • • HARGA : 1/2 BAR - RM130 (TAHAN 2 BULAN) • • HARGA : 1/4 BAR - RM70 (TAHAN 1 BULAN) •
Lidah ku kelu dan minda ku membeku Semangat ku hilang entah kemana Dari pagi sehingga malam datang menjelma Jelas menyisih diri Macam-macam cara tuk'ku lepaskan raga Dari berterusan ku disakiti Engkau yang berlagak bagai raja di istana Jadikan ku sang abdi
Mau saja.. aku melepaskan diri dan terus berlari Boleh saja.. kata hati yang berbisik meracuni Boleh saja.. ku turutkan kata hati yang ingin mencuba Gagal lagi.. kamar ku sedia terkunci
Difikir-fikir mengapa harus takut Sedang asalnya aku yang berkuasa Biarpun aku Stacy bukannya permaisuri Hanya diriku tinggi
Engkau sekadar datang menumpang saja Relaku melupakan sifatmu pendusta Engkau (aku) yang berlagak bagai raja di istana Jadikan ku sang abdi
Mau saja.. aku melepaskan diri dan terus berlari Boleh saja.. kata hati yang berbisik meracuni Boleh saja.. ku turutkan kata hati yang ingin mencuba Gagal lagi.. kamar ku sedia terkunci
ku tak nak (xxxxxx) perlu dikorbankan demi mencapai maksud dan tujuan ..ooooh perasanku terpaksa menjadi taruhan aku ingati engkau akan pasti ku tawani
Mau saja.. aku melepaskan diri dan terus berlari Boleh saja.. kata hati, meracuni Boleh saja.. ku turutkan kata hati yang ingin mencuba Gagal lagi.. kamar ku sedia terkunci
Lagu : Intan Norul Azlina (Intan Shaharuddin) Lirik : Intan Norul Azlina (Intan Shaharuddin)
Pagi smlm bgn awal tp slagi boss tak call, t'golek ler lama sket.. huehuehue.. boss amik td sblm tghari gak laa sbb hari jumaat suma mende nak kena settle cepat. singgah bank laa bagai, pastu gi amik mock-up buku kat kedai binding. pastu boss campak aku kat east coast mall sensorang sbb dia nak smayang jumaat. aku merayap kat carrefour sensorang beli toiletries. pastu pi kfc. hehe. dlm otak aku pk nak makan cheezy wedges. tetiba mulut aku decide order salad garden. muahahahaha.. bagus! aku minum milo without ice hokayyy.. baik nyer.. tgh mkn ada plak muka taiko mencilok milo aku. arrr.. bawak awek baru.. siap kenalkan kat aku sambil berkata 'ini kak ucang.. nampak cm muda tp umo dh tua!' bangsat punya explanation.. akakakakakaka.. x pe laa kan.. kalo tak ckp gitu kang, ada plak hati yg terguris.. cewahhh! rata2 aku tgk dlm shopping complex tu kan, ramainya lelaki melayu yg tak pegi smayang jumaat. selamba badak dia jer. tak malu ke tayang kat org yg dia tak syamang jumaat? hurmm.. setau aku laa kan, dulu2 kalo org tu tak gi smayang jumaat dia tak tayang muka dia kat town time org tgh smayang jumaat. musti duduk kat rumah sbb malu. org skang x tau malu ek.. hurmmm.... camni kot islam hadari..
pas abih smayang jumaat, boss kutip aku gi hospital kuantan. send mock up buku kat sana. kasik kat ntah apa laa nama pompan tu. sblm tu boss makan, aku tak makan arr.. sbb aku dh makan salad td kan.. so aku minum air honeydew + susu jer. sedap gak laa.. lebih sedap kalo ice blended. nyeh! nyeh! pastu blah gi ofc baru plak. haiyo! kecik yg amat ofc tu. beso lagi bilik aku. akakakkaaka.. lantak laa.. sewa pon murahan jer.. kalo nak beriyer sket, tunggu beli kedai sndiri.. x de wat apa pon masa kat opis tu.. aku tgk jer boss wat keje.. ewahh! aku tlg tgk je ke? hehe.. tgk n tukang pegang skali laa kot.. signage bentuk org tu utk JPN ada mende nak kena alter.. pastu gi JPN.. pastu sampai town singgah masjid bukit sekilau. pastu boss aku mcm dh abih jer agenda dia. padahal kata nak photo shoot kat bangunan ofc + hotel baru kat ofc tp lupe laa plak.. pusing laa balik.. snap! snap! snap! pegi paso, makan mihun sup pak din. pastu singgah plak masjid negeri. dh tu pegi plak terminal menunggukan brg yg org kirim dari kelompo. dh tu beramb laa balik umah yer..
sesampai je umah neighbour lama aku ada bawak berita yg pak sedaranya ninggal eksiden kat kemaman. sblm ni, org tua ni mcm buang tebiat suruh neighbour aku ni kuar dari rumah tu sbb katanya dia nak tinggal ngan family nya kat rumah tu n mati situ.. tapi tak sempat la kan.. umah tu sebenonya adik si arwah ni tinggalkan utk neighbour aku tu (anak angkatnya). siap buat wasiat tu. tapi pak sedaranya tu mmg buang tebiat laa pon, dia nak juga rumah tu.. haihhh... susah.. harta bersepah, nak jugak rumah buruk tu.. konon nak jual 700,000.00 dan hantar 25 org pegi naik haji.. tapi tak sempat.. ermm.. niat tu baik, tapi caranya tak btul laa plak.. apa2 jer laa.. moga Allah ampunkan dosa2 dia..
Kalau sudah obesiti, apakah diet berkesan untuk mengurangkang berat badan? Walaupun pencegahan itu lebih baik tetapi yang sudah obesiti masih ada harapan untuk kembali lansing dan fit.
Ada beberapa pendekatan boleh digunakan, sama ada cara klinikal yang menggunakan cara pembedahan atau atau ubat-ubatan atau cara mengamalkan produk herba.
Apapun sebelum mengambil pendekatan ini, terlebih dahulu jumpa pakar untuk mengetahui situasi kesihatan anda, berat badan ideal yang perlu dicapai, apa cara diet atau altenatif yang sesuai anda amalkan supaya pendekatan untuk kurus ini tidak memberi sebarang komplikasi. Jangan lakukan diet tanpa panduan pakar, terutama jika anda mengalami masalah kesihatan.
Dalam teknologi perubatan moden ini, jika seseorang itu tidak sesuai untuk mengamalkan sebarang diet, ia boleh melakukan pembedahan untuk memendekkan atau mengikat ususnya bagi tujuan mengawal serapan makanan oleh usus dan mengurangkan selera makan.
Bagaimanapun cara ini membabitkan kos yang tinggi dan tiada jaminan kekal langsing selepas melakukan teknik ini. Peluang untuk kembali gemuk dan lebih gemuk juga adalah tinggi jika tidak disertai dengan amalan diet sihat dan betul selepas menjalani prosedur ini.
Begitu juga dengan pengambilan ubat-ubatan, terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan anti gemuk ada dipasaran tetapi pengambilan ubat ini juga perlu mendapatkan panduan doktor pakar dan mengambil mengikut dos yang disarankan. Jika tidak ia boleh mengundang maut jika diambil cara salah dan dengan dos berlebihan.
Dr. Rozmey memberitahu, sebab itulah kes mereka yang ambil pil diet mati akibat hati mereka rosak dan buah pinggang gagal berfungsi akibat daripada mengambil secara berlebihan.
Cara lebih selamat ialah mengamalkan suplimen diet berasaskan herba yang dilulus oleh Kementerian Kesihatan dan mempunyai bukti ujian klinikal.
Mengikut kata Dr. Rozmey yang memformulasi Jus Diet Mate 5, ia juga perlu diambil dengan cara mengikut jadual yang disarankan, tidak boleh diambil secara berlebihan. Apapun cara yang kita ambil untuk kurus, lakukanlah dengan betul dan tidak memudaratkan diri.
Yay! baru sat balik tgk Indiana Jones & The Kingdom of the Crystal Skull. td pas maghrib kuar ngan 'makhluk underweight' takde hala tuju pon. budget nak pi mega tgk buku interior utk new ofc laa kononnya. tp melencong plak kat gsc hokayyyy... hueheuheu.. sblm tgk movie dh kenyang, belasah nasi lemak lauk sotong ngan lutut ayam yg amat la beso. yay! kepala otak aku nak kurus yer.. masa tgk movie ngan sengaja aku mengunyah pop corn tapi lawan ngan air mineral jer laa.. ok laa kan, aku tak minum air manis sbb masa aku blasah nasik lemak tu aku sebat dh orange juice. nyeh! nyeh! mlm ni takde entry kesihatan sbb aku nak paksa mata aku tido. esok pagi laa konon boss nak pick up aku pegi shooting. mlm ni aku mau tido tsengih2 sbb aku happy. sepanjang siang tadi aku moody. muahahahaha.. gnite!
Tidak ada ubat yang terbaik mengelakkan obesiti kecuali menjauhi segala faktor penyebabnya hanya kerana pencegahan awal dapat menjauhkan anda daripada gemuk.
Berikut beberapa cara mudah boleh anda amalkan untuk mengawal berat badan dan menjauhi kegemukan. Antaranya ialah:
Amal Gaya Hidup Sehat - Seharusnya dimulakan seawal usia dan jadikan amalan sebagai aktiviti rutin seperti amalan bersenam, berjogging, berjalan kaki, mengadakan aktiviti riadah seperti berkelah dan bersukan. Aktiviti ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
Pemakanan Seimbang - Sama seperti amalan hidup sehat, Pemakanan sihat dan seimbang juga perlu dijadikan rutin harian. Pastikan makanan yang diambil mengandungi nutrien untuk diet sihat seperti kurangkan makanan karbohidrat, berlemak dan manis, sebaliknya tambahkan makanan berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makan Kerap Tetapi Sedikit - Ramai sangka makan sehari sekali tapi mengambilnya dalam kuantiti banyak itu satu cara diet. Sebenarnya, cara ini salah. Sebaliknya amalkan makan kerap (sehingga enam kali sehari) tetapi sedikit-sedikit. Yang penting, jangan tinggalkan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sebelum pukul 7:00 malam, jika masih lapar makanlah buah-buahan atau makanan kaya serat sebagai alas perut.
Jauhi Makan Sambil Menonton - Ini satu tabiat yang harus diketepikan kerana makan sambil menonton menyebabkan anda makan sepanjang masa dalam jangkamasa sekurang-kurangnya setengah jam, lebih buruk jika disulam dengan air manis atau bergas.
Amalkan Pengambilan Suplimen - Dengan ada suplimen gantian untuk tahan lapar, membakar kabohidrat berlebihan dan membuang sisa toksid dalam tubuh juga boleh membantu disamping mengambil pelbagai suplimen vitamin untuk mengekalkan anda terus fit dan sihat.
Menurut Dr. Rozmey, pengambilan suplimen ini boleh diambil daripada produk herba, ubat-ubatan klinikal tetapi ia perlu diambil atas nasihat doktor atau pakar. Ia penting kerana mengambil produk ini dalam dos yang berlebihan akan memberi kesan sampingan pada kesihatan.
Dr. Rozmey menegaskan dalam berdiet, disiplin kena patuh, begitu juga dengan nasihat pakar dan diikuti dengan senaman dan riadah yang sesuai.
Secara jujurnya aku buat pengakuan yang aku lansung tak mengamalkan gaya hidup sihat beberapa tahun kebelakangan ni. zaman dulu kala aktif pengakap, takde aku gemuk sangat. Tetiap minggu ada aktiviti hiking laa, panjat gunung laa, bukit laa.. apa-apa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Bila dh start keje, badan mula laa start gemuk sbb banyak sgt buat senaman jari. Keje plak dlm aircond pempaham jer laa, tak kuar peluh lansung.
Pemakanan seimbang? haih.... aku ni peminat junk food n fast food no.1 heuheuheuheu.. nasi mmg aku jarang sentuh sbb dari kecik tak minat ngan nasi. so aku makan apa yang aku nak makan. hurmm... bersulam plak ngan air gas mmg tak bagus kan. apa lagi ngan ais. tu tabiat suma nak kena buang.
Makan kerap? aku makan 1x sehari jer kadang atau mungkin tak mkn lansung. nyeh! nyeh! aku takde masalah utk berlapar. lansung tak ada! tapi aku ada gastrik! muahahahaha.. kadang aku mkn utk stok seharian. tapi tak la terlalu banyak. mkn mende2 yg mengenyangkan laa. contohnya kalo aku mkn nasi beriyani sepinggan, cukup la utk 24jam. tapi kalori tinggi juga kan..
Mmg dh jadi habit kalo dh pegang 1 pek twisties yg beso tu, aku akan mkn, mkn dan mkn hingga abih.. selagi lom abih, selagi tu laa aku podok dlm mulut. muahahahaha.. tak kira la tgk wayang ke tak. mcm tu juga fun fries mc donalds.. haihhh... yg sedap tu la mengidap.. hehe..
Kat rumah aku ni belambak suplimen, sebiji pon aku tak sentuh.. tiap bulan mak aku mmg beli tak penah putus. ckp jer laa apa jenis pon. untuk kulit? mata? tulang? otak? apa2 pon ada.. tapi aku jer yg culas nak makan. penah mak aku bekalkan aku masa belajo dulu. tapi makcik aku yg tolong mkn. sbb aku buat hiasan n buat sawang. hehe.. tapi baru ni jer aku start mkn fibre utk buang lemak dlm badan. dia buang bersama najis yg kita buang tiap pagi. hee.. tapi tak disiplin lansung!
Seseorang dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur dalam BMI (Body Mess Index), ukuran BMI berdasarkan ketinggian.
Semua orang berisiko menjadi gemuk, namun mereka yang mempunyai sejarah keluarga, mengamalkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat serta terdedah kepada persekitaran yang boleh menggalakkan seseorang itu boleh menjadi lebih gemuk adalah lebih berisiko.
Menurut Dr. Che Romzey Che Din, penyelidik obesiti yang juga pakar perbidanan dan sakit puan, lambat atau cepat faktor-faktor diatas kalau tidak dicegah, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi obesiti. Walaupun kegemukan itu bukan satu penyakit tetapi jika dibiarkan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.
Menurut beliau, kegemukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya:
Gen atau Baka - Mereka yang mempunyai sejarah keluarga ada yang gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.
Gaya Hidup Tidak Sehat - Hari ini ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tidak ada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh, sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.
Pemakanan Tidak Sihat - Kecenderungan masyarakat sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian dan makan ikut selera, bukan keperluan juga penyebab utama orang menjadi obesiti.
Hormon Tidak Seimbang - Ramai tak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.
Emosi Tidak Stabil - Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu boleh stres dan depres. Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi stresnya.
Pengambilan Ubat-ubatan - Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.
Persekitaran - mereka yang bekerja di kantin di dapur-dapur lebih tinggi peluang mendapat obesiti berbanding yang bekerja dipersekitaran lain. Ini kerana mahu atau tidak setiap hari mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.
Last 2 or 3 weeks, masa aku b'cuti kat PD ada ler menimbang berat badan. Sblm tu aku nak bitau la yg aku mkn byk time kenduri kawin cousin aku ngan masa kenduri cukur jambul anak sedara aku. haihhh... nak diet konon tp cam harem jer.. heuheuueheu.. bebalik pada topik menimbang td, berat badan aku masa tu 57kg! huwaaaa~~~``` nak nangih rasanya. tinggi aku cuma 151cm jer. So BMI aku 25 dah masuk kategori overweight sadisnya rasa. so aku dah research la apa makanan tambahan yg nak aku sumbat dalam badan aku supaya aku tak overweight lg. later..